Hadith – Marah

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

KEPENTINGAN HADIS

Kepentingan hadis tersebut ialah Rasulullah mendorong menahan emosi ataupun jiwa dan tidak marah dengan menjelaskan pahala orang yang memiliki sifat mulia tersebut. Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam musnadnya dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda,”Tidak ada teguran yang lebih dicintai Allah dari teguran kemarahan yang ditahan oleh seorang hamba tidak menahannya karena Allah kecuali pasti Allah akan memenuhi jiwanya dengan iman.”

Ibnu Katsir setelah menuturkan hadis tersebut berkata,”Imam Ahmad meriwayatkan sendirian dan sanadnya hasan, tidak ada yang cacat, dan matanya hasan. [1]“Rasulullah bersabda, “Siapa yang menahan amarah dan ia mampu untuk meampiaskannya, maka ia akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya memilih bidadari mana yang ia suka.”[2]

 

MARAH

Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada. Demikian pendapat Al-Jurjani, Marah juga memberi erti, menghendaki kemudharatan kepada orang yang dimarahi. Maka lawan marah  itu ialah redha.

Sesungguhnya Allah menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang, nescaya menyalalah api kemarahannya yang menjadikan darah hatinya mendidih lalu mengalir kepada saraf dang menggelegak ke bahagian sebelah atas badannya sebagaimana menggelegaknya api dan sebagaimana menggelegaknya air yang dipanaskan di dalam periuk. Lalu muka dan matanya menjadi merah, semantara di sebalik kulitnya membayangkan warna merah.

Adapun kekuatan marah itu tempatnya adalah di hati. Ertinya darah hati menggelegak untuk menuntut balas, dan kekuatan marah itu digunakan untuk menolak apa yang menyakitkan hatinya sebelum marahnya terjadi dan untuk menyembuhkan dan menuntut balas sesudah marahnya terjadi. Menuntut balas adalah makanan kekuatan tersebut dan keinginannya, kerana dengan menuntut balas akan terhasil kelegaannya, dan dia tidak akan tenteram melainkan dengan menuntut balas atau membalas dendam.

Kekuatan marah itu terbahagi kepada tiga peringakat iaitu:

  1. Tafrith (Ketiadaan sifat marah).
  2. Ifrath (Sifat marah yang melampau).
  3. I’tidal (Pertengahan antara marah dan tidak marah).

 

TAFRITH

Tafrith ialah tidak adanya kekuatan marah itu pada seseorang itu atau kekuatan marah itu sangat lemah, sifat seumpama ini adalah tercela iaitu orang itu dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri. Imam Syaf’ie berkata:” Orang yang diperbuat sesuatu ke atasnya supaya dia menjadi marah, lalu dia tidak marah, maka orang itu seperti keldai”.

Allah telah mensifatkan para sahabat Nabi dengan terkadang-kadang bersifat keras dan berperasaan cemburu atas diri.

Sebagaimana Firman Allah:

Ӊ£Jpt’C ãAqߙ§‘ «!$# 4 tûïÏ%©!$#ur ÿ¼çmyètB âä!#£‰Ï©r& ’n?tã ͑$¤ÿä3ø9$# âä!$uHxq①öNæhuZ÷t/ ( öNßg1ts? $Yè©.①#Y‰£Úߙ tbqäótGö6tƒ WxôÒsù z`ÏiB «!$# $ZRºuqôÊ͑ur ( öNèd$yJ‹Å™ ’Îû OÎgÏdqã_ãr ô`ÏiB ̍rOr& ϊqàf¡9$# 4 y7Ï9ºsŒ öNßgè=sVtB ’Îû Ïp1u‘öq­G9$# 4 ö/àSè=sVtBur ’Îû È@ŠÅgUM}$# ?íö‘t“x. ylt÷zr& ¼çmt«ôÜx© ¼çnu‘y—$t«sù xán=øótGó™$$sù 3“uqtFó™$$sù 4’n?tã ¾ÏmÏ%qߙ Ü=Éf÷èムtí#§‘–“9$# xáŠÉóu‹Ï9 ãNÍkÍ5 u‘$¤ÿä3ø9$# 3 y‰tãur ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# Nåk÷]ÏB ZotÏÿøó¨B #·ô_r&ur $JJ‹Ïàtã ÇËÒÈ

29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki – Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.[3]

Sebagaimana firman Allah:

$pkš‰r’¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# ωÎg»y_ u‘$¤ÿà6ø9$# tûüÉ)Ïÿ»oYßJø9$#ur õáè=øñ$#ur öNÍköŽn=tã 4 óOßg1urù’tBur ÞO¨Yygy_ ( }§ø©Î/ur 玍ÅÁyJø9$# ÇÒÈ  

9. Wahai Nabi! berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.[4]

Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri iaitu yang mentebabkan sifat marah.

Hasil sifat marah yang lemah ini ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang mengganggu kehoramatan peribadi dan kehoramatan isteri. Dia bersifat acuh tak acuh sahaja ketiak peribadnya dihina-hinakan oleh orang-orang yang rendah budinya. Dia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain.

IFRATH

Ifrath adalah sifat marah yang berlebihan sehingga melampui batas kebijaksanan akal dan agama. Orang seperti ini buta dan tuli dalam menerima setiap pengajaran.  Apabila dia diberi nasihat, nescaya tidak akan didengarnya, bahkan bertambah kemarahannya, dan apabila dia memperolehi cahaya dari sinar akalnya dan ia mahu kembali kepadanya, nescaya dia tidak sanggup menerimanya kerana sinar akalnya sudah padam dan terus lenyap dengan asap kemarahannya. 

Di antara tanda-tanda marah pada zahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak geri tidak menentu arah, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam dan lubang hidung kembang kuncup. 

Adapun tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah ialah kelancangan lidah ketika mennyebutkan caci maki. 

 

I’TIDAL

I’tidal adalah sifat marah yang sederhana. Maka siapa yang marahnya terlalu lemah, sewajarnyalah dia mengubati dirinya sehingga menjadi kuat marahnya iaitu sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama, dan siapa yang marahnya terlalu berlebih-lebihan, maka sewajarnyalah dia mengubati dirinya supaya berkurang kemarahannya sehingga dia berada di tengah-tengah di antara marah yang sangat lemah dan marah yang berlebih-lebihan, dan marah yang sederhana ini adalah jalan yang lurus.

TINGKATAN-TINGKATAN MARAH.

Tingkatan marah itu ada tiga menurut Ibn Al-Qayyim, iaitu :-

  1. Marah taraf permulaan iaitu sekadar marah sahaja.

-          Orang yang marah di peringkat permulaan masih menyedari apa yang diucapkannya dan apa yang dilakukannya dan masih memikirkan akibat-akibat yang akan timbul.

  1. Marah yang bersangatan.

-          Marah di peringkat ini sudah sama dengan orang kemasukan syaitan atau orang gila. Fikiran dan pandangannya sudah gelap sehingga tidak sedar lagi apa yang diucapkannya, tidak menyedari apa yang dikerjakannya dan tidak menyedari akibat yang akan timbul.

  1. Marah taraf pertengahan.

-          Orang yang betul-betul marah, tetapi masih menyedari perbuatan dan percakapannya. Dengan perkataan lain marah yang mempunyai rasa malu dan rasa takut.

JENIS-JENIS MARAH.

Marah mengikut sebab-sebab penggeraknya kadang-kadang dipuji dan  kadang-kadang dicela. Sifat marah yang terpuji ialah marah yang diluahkan kerana membela kebenaran dan agama, dan marah kerana menegah kemungkaran dan perkara-perkara haram.

Sementara marah yang tercela itu pula ialah marah pada jalan yang salah, yang dinyalakan oleh kesombongan dan keangkuhan.

KESAN-KESAN MARAH DALAM TINDAKAN ORANG MARAH.

Kebanyakan ulama fiqh berpendapat bahawa orang yang marah dipertanggungjawabkan segala perbuatannya semasa dia marah, dan diambil lira apa-apa saja perbuatan yang lahir daripadanya, seperti perbuatan yang menyebabkannya menjadi kafir, membunuh orang, mengambil harta orang lain tanpa hak, talak dan sebagainya. Mereka berhujjah dengan bersandarkan kepada beberapa dalil, di antaranya :

Hadith Khaulah binti Tha’labah, isteri kepada Aus bin Ash-Shamit ada menyebutkan “Suaminya telah marah lalu dia menziharkannya, maka dia (Khaulah) pun pergi berjumpa Nabi lalu memberitahu kepada Baginda perkara itu dan berkata:

“Dia tidak bermaksud untuk menthalaqku”.

Maka nabi bersabda:

“Aku tidak tahu melainkan engkau sebenarnya telah menhadi haram ke atasnya”.

Di dalam hadith ini Allah telah menjadikan thalaq sebagai zhihar, dan thalaq itu jatuh walaupun diucapkan dalam keadaan marah. Akan tetapi jika seseorang itu marah sehingga dia pitam maka tidak berlaku thalaq kerana hilang akalnya. Dalam keadaan ini dia menyerupai orang gila yang mana tidak jatuh thalaq yang lahir dari seorang gila.

Oleh yang demikian, sekiranya seorang manusia yang berada dalam keadaan marah merosakkan sesiatu yang berharga kepunyaan orang lain, maka harta tersebut berada di bawah jaminannya dan dia hendaklah membayar ganti rugi hasil daripada perbuatannya itu. Lain-lain contoh diantaranya:

-          Sekiranya dia melafadzkan lafadz kekufuran, maka dia dihukum murtad sehinggalah dia bertaubat.

-          Sekiranya dia membunuh seseorang dengan sengaja, maka dia dikenakan qishah.

-          Sekiranya dia menthalaq isterinya, maka jatuh thalaqnya itu.

MENAHAN DIRI DARIPADA MARAH.

Seorang ulama fiqh, Nur bin Muhammad berkata: seorang muslim hendaklah bersifat lemah lembut dan sabar kerana ia adalah salah satu sifat orang-orang bertaqwa.

Sebagaimana firman Allah:

`yJs9ur uŽy9|¹ txÿxîur ¨bÎ) y7Ï9ºsŒ ô`ÏJs9 ÏQ÷“tã ͑qãBW{$# ÇÍÌÈ  

 “Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)”.[5]

Ayat ini member maksud bahawa orang-orang yang sabar di atas kezaliman yang dilakukan ke atasnya dan dia memaafkan orang yang menzaliminya itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang amat besar daripada Allah.

Allah juga telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya bersifat sabar dan lemah lembut dan Allah mengkhabarkan kepada Baginda bahawa nabi-nabi yang terdahulu sebelum Baginda adalah orang-orang yang memiliki sifat demikian.

Sebagaimana firman Allah:

÷ŽÉ9ô¹$$sù $yJx. uŽy9|¹ (#qä9’ré& ÏQ÷“yèø9$# z`ÏB È@ߙ”9$# Ÿwur @Éf÷ètGó¡n@ öNçl°; 4 öNåk¨Xr(x. tPöqtƒ tb÷rttƒ $tB šcr߉tãqムóOs9 (#þqèVt7ù=tƒ žwÎ) Zptã$y™ `ÏiB ¤‘$pk¨X 4 Ô÷»n=t/ 4 ö@ygsù à7n=ôgムžwÎ) ãPöqs)ø9$# tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÌÎÈ

35. (jika demikian akibat orang-orang kafir Yang menentangmu Wahai Muhammad) maka Bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul “Ulil-Azmi” (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah Engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab Yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan Yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang Yang mahu insaf). maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik – derhaka.[6]

Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W supaya bersifat sabar di atas pembohongan orang-orang kafir dan di atas penyiksaan mereka sebagaimana bersabarnya para nabi sebelum Baginda.

Sementara itu ada hadith-hadith Nabi yang menyebutkan :

“Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada nabi. “Berpesanlah kepadaku”. Nabi bersabda: “Jangan marah!”. Kemudian orang tadi mengulang lagi, lalu Baginda menjawab: “Jangan marah!”[7]

Wahab bin Munabbih menceritakan bahawa syaitan mahu menyesatkan seorang ahli ibadat Bani Israel, akan tetapi syaitan itu tidak Berjaya. Pada satu hari ahli ibadat ini keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya. Syaitan berusaha menyesatkannya dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah, tetapi tidak berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu dengan menggugurkan batu dari bukit. Apabila batu itu hamper mengenai ahli ibadat itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu itu pun menyingkir daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa. Lalu ahli ibadat itu berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu. Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ibadat itu sedang sembahyang. Ular itu melilit kaki dan badannya sehingga ke kepalanya. Apabila ahli ibadat itu hendak sujud, ular itu berlingkar di mukanya dan apabila dia hendak meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan kepalanya, lalu ahli ibadat itu pun miring ke tempat lain untuk membolehkan sujud. Apabila ahli ibadat itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya, maka syaitan menemuinya dan berkata:

“Aku telah melakukan itu dan ini tapi aku tidak Berjaya memperdayakan mu, maka mulai sekarang aku mahu menjadi sahabatmu dan aku tidak akan menyesatkanmu”.

Maka ahli ibadat menjawab:

“Sebagaimana aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu jugalah hari ini aki tidak ingin bersahabat denganmu”

Lalu syaitan berkata:

“Tidak engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudahmu?”.

Ahli ibdata menjawab:

“Aku telah mati bersama mereka”.

Kemudian syaitan berkata:

“Tidakkah engkau mahu bertanya padaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak Adam?”.

Ahli ibadat menjawab:

“Ya, khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam”.

Syaitan berkata:

“Dengan tiga perkara Bakhil, marah dan mabuk.

-          Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang lain.

-          Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka. Meskipun dia boleh menghidupkan orang mati dengan doanya nescaya kami tidak akan berputus asa daripada menggodanya, sesungguhnya dia dibangunkan dan dihancurkan dengan satu perkataan sahaja.

-          Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan seperti mana dipimpin seekor kambing melalui telinganya mnurut sesuka hati kami.

Hasil daripada cerita ini, syaitan telah memberitahu ahli ibadat itu bahawa orang yang marah sesungguhnya dia berada di tangan syaitan seperti bola berada di tangan kanak-kanak. Jadi syaitan dengan sewenang-wenangnya dapat mempermain-mainkan orang yang sedang marah tadi, maka disarankanlah pada orang-orang yang marah supaya agar bersabar supaya dia tidak menjadi tawanan syaitan dan supaya tidak hangus amalannya.

Diriwayatkan juga bahawa iblis teleh menjumpai Nabi Musa lalu dia berkata:

“Engkau telah dipilih untuk menyampaikan risalah Tuhanmu dan dia telah bercakap-cakap denganmu, sesungguhnya aku adalah salah satu daripada makhluknya, aku mahu bertaubat kepada Tuhanmu, maka engkau mohonlah kepadanya supaya dia mengampunku”.

Nabi musa pun gembira apabila mendengar permintaan iblis itu, lalu dia pun meminta air kemudian berwudhu dan seterusnya bersembahyang, kemudian dia berkata:

“Sesungguhnya iblis salah satu daripada makhlukmu memohon keampunan daripadamu maka ampunkanlah dia”.

Lalu Allah berfirman kepada nabi Musa:

“wahai Musa, sesungguhnya dia tidak bertaubat”.

Kemudian Nabi Musa berkata:

“Wahai Tuhanku memang benar dia mahu bertaubat”.

Maka Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Musa:

“sesungguhnya aku mendengar permohonanmu wahai Musa, suruhlah dia(Iblis) bersujud di kubur nabi Adam, nescaya aku akan mengampunkannya”.

Maka Nabi Musa pun balik dengan gembira dan memberitahu kepada iblis perkara itu, iblis menjadi marah dan sombong lalu berkata:

“Aku tidak sekali-kali sujud kepadanya semasa dia hidup, adakah patut aku sujud sesudah dia mati! Wahai Musa sesungguhnya engkau mempunyai hak ke atasku dengan pertolongan yang engkau berikan kepadaku, maka aku wasiatkan kepadamu dengan tiga perkara:

“Ingatlah aku ketika melakukan tiga perkara:

-          Ingatlah aku ketika engkau marah, sesungguhnya aku berada di dalam hatimu mengikut mengalirnya darah di pembuluh darah.

-          Dan ingatlah aku ketika menemui musuh di dalam pertempuran, sesungguhnya aku ketika seseorang itu menemui musuh, aku akan mengingatkannya kepada isteri, keluarga, harta dan anaknya sehingga dia berpatah baluk dari pertempuran.

-          Dan jauhilah dari mendampingi perepuan yang bukan mahram, kerana sesungguhnya, aku adalah utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya”.

Adalah diriwayatkan juga daripada Rasulullah bahawa:

“Apabila pecah gigi depan Baginda semasa perang Uhud, sahabat merasa geram dan kesal dengan keadaan Baginda itu lalu mereka berkata:

“Wahai Rasulullah, jika engkau memohon kepada Allah untuk membalas mereka dan dengan apa yang mereka lakukan ke atasmu, bagaimana pendapatmu?”.

Maka Rasulullah Bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak diutus untuk menjadi seorang pelaknat, tetapi aku diutus sebagai seorang pendakwah dan pembawa rahmat, Wahai Tuhanku, berikanlah hidayatmu kepada kaumku, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tidak mengetahui”.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang menegah lidahnya dari menjatuhkan maruah orang-orang Islam, nescaya Allah akan membatalkan kejatuhannya pada hari kiamat, dan sesiapa yang menagah kemarahannya, nescaya Allah akan menghentikan kemurkannya kepadanya pada hari kiamat”

 

BAGAIMANA MENGHILANGKAN SIFAT MARAH.

Sebenarnya seseorang itu tidak akan kekal menyintai atau menyukai sesuatu dan membenci sesuatu. Jesteru itu dia tidak terlepas dari perasaan meradang dan marah. Selama mana sesuatu perkara itu bersesuian dengannya atau menyalahinya, maka tidak boleh tidak sudah tentu dia mentukai apa yang bersesuian dengannya dan membenci apa yang menyalahinya yang mana akan disusulinya dengan sifat marah. Sesungguhnya seseorang itu apabila diambil apa yang disukainya, sudah pasti jugadia akan marah. Maka apa-apa yang disukai oleh seseorang itu terbahagi kepada tiga bahagian:

Pertama: Apa yang penting kepada seseorang amnya seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan kesihata. Jadi sesiapa yang dipukul badannya, tidak boleh tidak pasti dia akan marah. Begitu juga apabila diambil pakaian yang menutup auratnya, sudah pasti dia akan marah.

Kedua: Apa yang kurang penting bagi seseorang seperti kemegahan, harta banyak, dan binatang ternak. Semua yang tersebut ini adalah disukai menurut kesukaan.

Ketiga: Hal yang mustahak pada sebahagian orang, tidak pada sebahagian orang yang lain seperti buku pada orang yang berilmu kerana ia memerlukan buku itu lalu dia menyukainya, maka dia akan marah kepada orang yang membakar buku itu.

Adapun bahagian yang pertama, maka latihan yang dilakukan untuk menghilangkan sifat marah tidaklah bererti untuk menghapuskan kemarahan sama sekali, akan tetapi untuk dia tidak mengikuti nafsu marahnya melainkan batas-batas yang dianjurkan oleh agama dan dipandang baik oleh akal.

Jadi untuk mengalihkan kemarahan dari hati itu, mungkin tidak akan tejadi kerana ia bukan kehendak tabiatnya, tetapi hanyalah untuk mengurangi sifat marahnya sahaja.

Untuk bahagian yang ketiga, samalah keadaannya dengan yang pertama, kerana apa yang menjadi satu dharuri atau kepentingan kepada seseorang, tidak dapat menghalangnya dari bersifat marah, lantaran orang lain tidak memerlukan kepentingan yang diambil daripadanya itu. Jadi latihan yang dilakukan, dapat melemah dan mengurangkan kemarahannya sehingga dia tidak merasa terlalu pedih di atas kehilangan sesiatu daripadannya dan dia dapat bersabar menerima apa yang telah berlaku.

Sementara bahagian yang kedua pula, kemarahan mungkin dapat dihilangkan melalui latihan, kerana kesukaannya terhadap sesiatu seperti harta yang banyak dapat dibuang apabila dia memahami bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan kehidupan di akhirat jua yang kekal abadi. Jadi dengan cara ini dia akan mencari harta di dunia ini mengikut kadar keperluan sahaja.

SEBAB-SEBAB YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN.

Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan itu ialah sifat megah diri, membanggakan diri, suka bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka bermusuhan, menyalahi janji dan tamak. Semua sifat yang tersebut di atas adalah budi perkerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang tersebut. Jadi untuk menghilankan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya. Contohnya sifat megah diri, maka perlulah dia bersifat rendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membanggakan diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama rata sahaja.

Adapun sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahan, dapat dihilangkan dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan agama. Begitu jug sikap membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari keutamaan dengan berperangai baik dan menimba pengetahuan agama yang dapat menjamin kebahagiannya di akhirat kelak.

Sifat mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan dan sifat memalukan orang dapat dihilangkan dengan besifat menjaga lidah dari perkataan keji. Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat dengan lawannya.

Apabila sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia dari sifat-sifat keji tersebut dan terlepaslah dia dari kemarahan yang ada pada dirinya.

 

 

 

KESAN-KESAN MARAH YANG DICELA.

Sifat suka marah adalah suatu sifat yang dikeji dan suatu tabiat buruk. Jika seseorang itu menghambakan dirinya kepada sifat marah, nescaya terhasillah kesan-kesan yang memudaharatkan dirinya sendiri khususnya dan masyarakat umumnya.

Adapun kemudaharatan terhadapa dirinya, dapat diketahui apabila kita menggambarkan keadaan seseorang yang sedang marah. Raut wajahnya berubah, darahnya meluap, anggotannya menggeletar, urat-urat lehernya menegang, pergerakannya kelam kabut, percakapannya tidak jelas, lidahnya mudah mengeluarkan kata-kata keji, mengumpat, mengutuk dan kemungkinan mengeluarkan kata-kata haram yang boleh mengeluarkannya daripada Islam seperti lafadz kufur, mencela agama dan seumpamanya. Selain daripada itu, seseorang yang cepat marah itu akan melakukan tindakan-tindakan yang diluar dugaan yang berkemungkinan akan melibatkan kerugian harta dan kesakitan pada tubuh badan.

Adapun kemudahratan terhadap masyarakat, ia melahirkan perasaan dengki di dalam diri dan menyembunyikan niat jahatnya terhadap seseorang. Ia boleh membawa kepada perbuatan menyakiti orang lain dan membenci serta merasa gembira apabila mereka ditimpa musibah.

Seterusnya akan mencetuskan permusuhan dan kebecian di antara sesama manusia. Dengan itu juga, rosaklah kehidupan dan runtuhlah masyarakat.

Ada seperkara lagi yang selalu kita lakukan ketika marah, padahal perkara itu amat membahayakan diri sendiri sebelum ia membahayakan diri orang lain. Mungkin kita menyedari bahawa perbuatan itu salah, tetapi oleh kerana terlalu terpengaruh oleh marah tadi, sehingga kita tidak dapat menimbang lagi segala kata-kata yang diucapkan oleh lidah. Kata-kata itu seperti melaknati orang, menyundal-nyundalkan irang mencelakakan irang dan sebagainya. Sebab jika kita menyebutkan kata-kata yang tidak senonoh itu kepada orang lain, seolah-olah kita telah menuduhnya dengan ucapan kita itu. Andaikata apa yang diucapkan itu memang benar, nescaya kita telah melanggar perintah menyuruh kita menutup segala keaiban orang lain. Orang yang mendedahkan keaiban saudaranya adalah berdosa besar di sisi Allah sekalipun perkara yang dituduhnya itu memang benar. Apatah lagi jika tidak benar, maka dosanya akan bertimpa-timpa lagi.

Ada setengah ulama menganggap ucapan-ucapan seperti “sial”, “laknat”, “celaka” dan seumpamanya sebaga doa, kerana ada sebuah hadith saripada Rasulullah yang melarang perbuatan seperti itu, nescaya bencana ucapan itu akan menimpa orang yang ditujukan ucapan itu, kiranya dia memang patut menerima bencana itu pada ukuran Allah. Tetapi kiranya dia tidak patut menerimanya, maka bencana itu akan kembali menimpa ke atas orang yang menujukan ucapan itu.

Diriwayatkan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu, dia berkata: “Suatu masa kami bersama-sama Rasulullah sedang menuju ke medan perang, tiba-tiba ada seorang Anshar merasa tidak selasa terhadap binatang kenderaannya, lalu dia menyumpah-nyumpah binatang itu: Jalanlah, laknat! Maka baginda marah kepada orang Anshar itu lalu bersabda: Turunlah dari binatang itu! Jangan engkau biarkan ia ikut bersama-sama kita, kerana ia telah mendapat laknat. Kemudian Baginda bersabda lagi: Janganlah engkau mendoakan (kecelakaan) ke atas dirimu atau ke atas anak-anakmu atau ke atas harta bendamu, kerana dikhuatiri bertepatan pada saat doa mustajab, di mana setiap hamba yang memohon (berdoa) sesuatu dari Tuhan akan dikabulkan”.

BAGAIMANA MENGENDALIKAN MARAH.

Sebenarnya penyakit marah yang dicela itu boleh diubati dengan dua perkara iaitu ilmu dan amal.

Mengubati marah dengan ilmu itu ada enam perkara:

Pertama: Dengan bertafakkur memikirkan kisah-kisah teladan yang menyentuh tentang buruk baiknya bersifat marah, berfikir tentang keutamaan menahan kemarahan, memberi maaf dan berlemah lembut. Dengan cara ini, akan menjadikannya gemar dan suka kepada pahala yang bakal diperolehinya dari menghiasi diri dengan sifat-sifat tadi. Seterusnya dapat mencegahnya dari bersifat marah.

Kedua: dengan cara seseorang itu menakutkan dirinya kepada siksaan Allah dengan berkepercayaan bhawa kekuasaan Allah keatas dirinya lebih besar dari kekuasaannya ke atas manusia lain.

Ketiga: Dengan mengingatkan diri akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam.

Keempat: Dengan berfikir tentang bentuk buruk dirinya ketika dia marah dan berfikir tentang betapa kejinya sifat marah itu.

Kelima: Dengan berfikir tentang sebab yang membawanya kepada kemarahan.

Keenam: Dengan menyedari bahawa kemarahannya adalah berpunca dari sikap membanggakan diri sendiri yang tidak sesuai dengan kehendak Allah.

Sementara itu mengubati marah dengan amal perbuatan pula di antaranya ialah:

Dengan membaca:

 

Yang bererti: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang kena rejam”.

Inilah ayat yang disuruh baca oleh Rasulullah ketika marah.

Begitu juga sunat dibaca doa ini ketika marah:

 

Ertinya: “Wahai Tuhanku, Tuhan Nabi Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan”.

Jika kemarahan itu tidak hilang dengan membaca yang demikian, maka hendaklah seseorang itu duduk jika dia marah dalam keadaan dia berdiri, dan berbaring jika dia marah dalam keadaan dia sedang didik, dan dekatkanlah diri dengan bumi, yang mana dari bumi itulah dia dijadikan dan agar dia tahu akan kehinaan dirinya. Kemudian carilah dengan duduk dan berbaring itu ketenangan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“Ingatlah sesungguhnya marah itu adalah bara api di dalam hati anak Adam. Tidakkah engkau melihat kepada kedua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang membengkak? Apabila salah seorang kamu mengalami yang demikian, maka hendaklah dia menlekatkan dirinya ke bumi”.[8]

 

Dan sabda Rasulullah  yang bermaksud:

“Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk, sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya, dan juka tidak maka hendaklah di berbaring”[9]

Selain daripada itu, cara mengilangkan penyakit marah itu juga ialah dengan mendiamkan diri, Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“Apabila seseorang di antara kamu marah, maka hendaklah dia diam”.[10]

Oleh kerana kesan-kesan yang tercela yang ditimbulkan oleh sifat marah itu, maka Rasulullah telah menganjurkan kepada umat manusia supaya jangan suka marah. Sebab marah itu tidak akan mendatangkan apa-apa yang baik kepada diri. Malah ia akan menyebabkan berbagai-bagai bencana terutama sekali perasaan marah itu diletakkan bukan pada tempatnya.

Selain itu, orang yang suka marah itu sering di tunggangi oleh syaitan yang memaksakan kehendaknya ke atas orang yang marah itu. Manakala orang yang menurut kehendak syaitan itu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.